Intisari Ucapan oleh YB Wong Hon Wai (ADUN Air Itam) di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 3-7-2013
1. Air
Saya hendak menarik perhatian Dewan tentang long term strategic planning untuk bekalan air negeri kita.
Keratan suratkhabar: “Water Crisis imminent in Klang Valley” – shortage: Six million to face problem.
Pulau Pinang mempunyai 6 dam iaitu
- Air Itam Dam
- Mengkuang Dam
- Teluk Bahang Dam
- Berapit Dam
- Cherok Tokun Dam
- Bukit Panchor Dam
Dengan pembesaran Mengkuang Dam, kita mampu mengestor 78 billion litres air. Laporan PBA menyatakan kita mempunyai water reservces yang mencukupi sehingga tahun 2020.
Soalan saya: What is our plan beyond 2020?
Kita perlu memastikan strategi bekalan air 50 tahun akan datang. Kita perlu ada Water Resources Master Plan untuk memastikan strategi bekalan air untuk 50 tahun akan datang.
Selain bekalan sumber air Sungai Muda, kita perlu cari alternative di Selatan – Sungai Kerian di mana persempadanan Pulau Pinang dengan Perak.
Saya menyokong pendirian Kerajaan Negeri bahawa kita tidak membayar sebarang royalty kepada Kedah atas sumber air dari Sg Muda. Ini kerana Sungai Muda adalah sempadan Pulau Pinang dan Kedah.
Kita hendak berlandaskan Riparian Water Rights yang merupakan prinsip undang-undang English Common law. Semua tuanpunya tanah yang berkongsi aliran air berhak menggunakan sumber air secara munasabah.
Oleh itu, tidak timbul sebarang pembayaran wang atas sumber air Sungai Muda kepada Kedah seperti yang diminta oleh Menteri Besar Kedah – YB Mukhriz bin Mahathir.
Kita perlu lihat strategi lain: seperti additional catchment areas yang perlu diwartakan, new treatment plants, desalination, rain water harvesting, recycling dan pendidikan kepada pengguna air.
Saya alu-alukan pengumuman Ketua Menteri baru-baru ini tentang cadangan perlantikan pakar perunding untuk melihat bagaimana infrastruktur bekalan air kita dapat dioptimumkan.
Saya harap EXCO Utiliti boleh maklumkan dewan ini berapa % water reserves yang kita ada di Pulau Pinang buat masa ini dan apakan perancangan 50 tahun bekalan air kita.
2.0 TNB
Saya juga tertarik dengan ucapan TYT berkenaan tambahan keupayaan bekalan elektrik 8 PMU (Pencawang Masuk Utama) yang bakal dibina.
Di kawasan saya, pada tahun 2012, bekalan elektrik telah terputus beberapa kali melebihi 4 jam yang menjejaskan melebihi 100 ribu orang di Air itam, Farlim, Paya Terubong dan Padang Tembak. Mobile Station telah dihantar dari Johor Bahru ke Jalan Thean Teik, Air Itam untuk menstabilkan bekalan elektrik.
Saya nampak bangunan PMU 33KW telah disiap dibina di Jalan Thean Teik, Sebelah SRJK © Sin Kang. Bolehkan EXCO Utiliti memaklumkan jadual tarikh bilakan PMU ini akan beroperasi sepenuhnya.
3.0 IWK
Saya telah menerima aduan dari penduduk di Tingkat Lembah Ria, Air Itam bahawa kenaikan mendadak 5 kali ganda caj perkhidmatan Indah Water.
Pengadu, Encik TY Tan telah berjumpa saya dan mengadu bahawa beliau menerima satu notis dari Indah Water yang bertarikh 15-6-2013. Dalam notis tersebut telah memaklumkan kepada beliau terhadap kenaikan kadar caj bagi perkhidmatan pengosongan Enapcemar dari tangki jenis tandas curah (‘Pour Flush’). Kenaikan tersebut adalah dari RM48 kepada RM230.00 (untuk sekali perkhidmatan pengosongan kapasiti tidak melebihi 2.5meter padu). Tarikh efektif kenaikan berkuatkuasa pada 1 Julai 2013. Saya telah menghubungi IWK cawangan Pulau Pinang yang turut mengesahkan kenaikan tersebut.
Saya memerhatikan kenaikan caj tersebut tidak diumumkan kepada orang awam melalui media samada oleh Menteri, Ketua Pengarah Kementerian berkenaan atau Indah Water. Malahan, tiada sebarang pengumuman di website IWK.
Dengan senyap-senyap, IWK telah menghantar notis kepada pengguna-pengguna tanpa pengumuman formal oleh pentadbiran. Tindakan ini mencurigakan khasnya kenaikan drastik 5 kali ganda dalam masa yang begitu singkat selepas pilihanraya PRU13.
Menurut pengadu, beliau menggunakan perkhidmatan pengosongan IWK setiap 2 bulan. Melalui caj baru, dianggarkan beliau terpaksa membelanja RM4 sehari untuk tujuan pembentungan. Ini terlalu membebankan memandangan premis tersebut adalah premis domestik dan bukan komersil. Untuk rakyat yang hidup dengan sederhana, RM4 cukup untuk makan pagi dan petang.
Saya mendapati kenaikan tersebut bukan terhad kepada penduduk di Tingkat Lembah Ria, Air Itam tetapi merupakan kenaikan secara nasional. Menurut statistik di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Air Nasional (SPAN), terdapat 57,292 unit premis yang menggunakan perkhidmatan pour flush di seluruh Pulau Pinang pada tahun 2010. Di peringkat seluruh Malaysia, terdapat 894,859 unit premis yang menggunakan perkhidmatan pour flush. Saya ingin mendapatkan satu jawapan rasmi tentang berapa ramai pengguna tersebut yang terlibat dalam cadangan kenaikan kali ini.
Saya meminta Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak menjawab sendiri terhadap kenaikan ini. Ini kerana IWK bukan entiti swasta tetapi adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.
Perkhidmatan Pembentungan adalah satu perkhidmatan asas seperti air dan elektrik.
Kenaikan Caj Perkhidmatan yang begitu mendadak tanpa penjelasan menunjukkan keangkuhan Barisan Nasional selepas Pilihanraya Umum 13. Keangkuhan Barisan Nasional dengan kenaikan sewenang-wenangnya tanpa rundingan dengan orang awam dan tanpa pengumuman formal oleh Menteri berkenaan.
Saya meminta penjelasan penuh terhadap kenaikan ini dan meminta penangguhan serta kaji semula terhadap kenaikan ini. Saya ingin meminta IWK mengumumkan berapa pengguna yang akan terlibat dalam kenaikan ini.
4.0 Pengangkutan
Saya tertarik dengan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang berkenaan perancangan bina lebuhraya dan penambahbaikan sistem pengangkutan awam. Saya tertarik juga dengan sasaran penggunaan pengangkutan awam di Pulau Pinang mencapai 40% pada tahun 2030.
Saya ucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri berkenaan cadangan penubuhan CAT Dialysis Center di Balik Pulau. Pilihan lokasi yang sangat tepat dekat dengan bus station. Pesakit dari Air Itam, Paya Terubong, Pulau Betong, Teluk Bahang, Bayan Baru boleh sampai ke Dialysis Center dengan menaiki bas. Berkenaan penubuhan dialysis centre, saya berharap EXCO Kesihatan dapat meletakkan perkara ini sebagai top prioriti kerana ia akan membawa manfaat kepada ramai pesakit.
Padahal, perancangan BN dulu apabila 10 tahun dahulu tubuh Perpustakaan Awam George Town dan Bangunan Masyarakat Penyayang di Scotland Road – tiada perkhidmatan bas. Ini menyusahkan OKU, kes-kes kebajikan yang melawat Bangunan Masyarat Penyayang. Begitu juga pelajar-pelajar kurang kemampuan tidak dapat akses ke perpustakaan George Town di Scotland Road.
Saya menanyakan samada Rapid Penang beroperasi hanya profit oriented dan hanya melalui jalan-jalan yang datangkan keuntungan.
Di sepancjang lebuhraya Thean Teik juga mempunyai melebihi 10,000 penduduk di BL Garden, Melody Home dan projek-projek perumahan yang sedang dibina juga tiada perkhidmatan bas.
Saya meminta Rapid Penang mengkaji semula tentang jalan-jalan perkhidmatan bas dan Kerajaan Negeri perlu cari ikhtiar.
Saya juga ucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri kerana meneruskan kesinambungan agenda perumahan perancangan perumahan 22,000 unit yang telah dirancang pada penggal pertama dan teruskan penggal kedua. Saya meminta juga projek-projek perumahan ini perlu ada jaringan pengangkutan awam yang efficient.
1 comment:
good.keep it up.
Post a Comment